Quantcast
Channel: beliamuda {dot} com » IRC
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Detik-Detik Meninggalkan UTP

$
0
0

Salam sejahtera buat semua.

Meja Studi UTP

Sudah hampir sebulan berlalu sejak saya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) setelah cukup lima tahun saya berada di sana bermula daripada Januari 2007. Genap lima tahun di sana menandakan tamat sudah pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan Kimia.

Kenapa saya tidak menulis di sini sebaik sahaja selepas tamat pengajian di UTP? Kesempatan masa dan peluang untuk menulis itu terhad sebaik sahaja saya kembali ke rumah tempoh hari. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk saya mengimbau semula hari-hari yang dilalui sepanjang minggu terakhir berada di UTP.

Mengisi Borang Pengosongan UTP

Proses mengisi borang pengosongan (baca: clearance form) adalah satu kewajipan bagi pelajar yang akan meninggalkan UTP sama ada kerana telah graduasi ataupun ‘terpaksa bergraduasi’. Prosesnya mudah sahaja. Seperti perlumbaan Amazing Race, pelajar perlu bergerak ke beberapa titik semakan (baca: kaunter) untuk mendapatkan cop pengesahan setelah selesai urusan yang berkaitan di setiap perhentian.

Luqman dan Khairul Anuar di IRC UTP

Tiada turutan untuk ke kaunter mana terlebih dahulu. Cuma kaunter dua terakhir sahaja yang perlu diikuti kerana di situlah tempat borang tersebut perlu dihantar. Saya sempurnakan borang pengosongan pada hari terakhir semester iaitu pada 13 Januari 2012 (Jumaat) walaupun bukannya balik terus pada hari berkenaan kerana urusan penghantaran tesis Projek Tahun Akhir yang tergendala sehingga ke lewat petang Jumaat tersebut. Itupun terpaksa dibaiki semula.

Urusan Penghantaran Kulit Keras Tesis Projek Tahun Akhir

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, proses memasang kulit keras pada tiga salinan tesis Projek Tahun Akhir saya tidak dapat dihantar kepada pihak yang mempunyai wakil di UTP. Maka, perlulah saya mencari sendiri alternatif untuk melakukannya di kedai lain. Nasib baik ada kedai berdekatan UTP yang menyediakan perkhidmatan ini namun pada harga yang jauh lebih mahal. Nak buat macam mana lagi kan. Itu sahaja pilihan yang ada.

Mr M Faisal Taha

Kebetulan saya hanya boleh menghantar tiga salinan tersebut untuk dipasang kulit keras pada hari Rabu, maka ianya hanya akan dapat diambil pada hari Jumaat (masa minima dua hari untuk disiapkan). Itupun tesis tersebut hanya boleh diambil pada sebelah petang. Nasib baik kami bertiga (dibawah selian pensyarah yang sama) bersama-sama menghantar ke kedai yang sama.

Apabila tiba hari Jumaat tersebut, tesis tersebut tidak sempat untuk dikulit-keraskan seperti waktu yang dijanjikan. Kami terpaksa menunggu lebih sejam sebelum ianya siap. Itupun terdapat kesalahan ejaan pada nama di kulit keras tesis salah seorang daripada kami. Maka terpaksa menunggu lagi sejam lebih untuk ianya dibetulkan.

Hanya selepas waktu maghrib kami berjaya menghantar tesis tersebut. Nasib baik koordinator menerima penghantaran tesis sehingga lewat malam dan masih membenarkan pelajar menghantar pada minggu hadapan. Ketiga-tiga tesis kami diminta untuk membuat pembetulan atas salah faham bulan dan tarikh yang dipaparkan. Nasib baik ada daripada kami yang masih tidak pulang lagi sehingga ke minggu depan. Maka urusan pembetulan diserahkan kepadanya kerana saya sudah menetapkan akan pulang pada keesokan harinya.

Bergerak Pulang ke Rumah

Sepatutnya barang-barang yang dibawa pulang perlu dikemaskan pada Jumaat malam. Namun disebabkan kelewatan penghantaran tesis, dirasakan kudrat sudah tidak ada untuk meneruskan usaha mengemas barang. Maka ianya ditangguh sehingga keesokan harinya.

Bergegas juga berkemas pagi Sabtu tu. Terlalu banyak barang yang perlu dikemaskan. Sepatutnya saya bergerak pada pukul 10 pagi bersama-sama dengan Amir dan Mayak (konvoi dua buah kereta). Namun saya menyebabkan kami bergerak lewat hampir ke pukul 11.Alhamdulillah, tiba juga saya di rumah dengan selamat walaupun hujan dan jalan berlubang mengiringi perjalanan pulang kami ke kampung halaman.

beliamuda: Hari keputusan peperiksaan diumumkan. Namun kebanyakan pelajar Tahun Akhir (mungkin semua?) tidak dapat menyemak keputusan masing-masing. Aishh…

(Dilawati sebanyak 540 kali, 1 kali hari ini)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Latest Images

Trending Articles